Isnin, Februari 14, 2011

MENCINTAI NABI MUHAMMAD SAW. 1




Kata orang CINTA itu sesuatu yang tidak boleh dipaksa. Ianya datang dengan sendiri. Cinta datang dari hati. Ianya tulus dan suci. Pernah tak terdetik di hati kita perasaan cintakan Rasulullah saw. Kalau cinta, apakah tandanya. Kata orang, tak kenal maka tak cinta. Kalau kita benar-benar mencintai Rasululullah saw, apakah kita telah benar-benar mengenali baginda. Sempena hari kelahiran Junjungan Besar Nabi Muhammad saw, marilah kita sama-sama muhasabah diri dan tunjukkan kecintaan sebenar kita kepada baginda.

Tiada ulasan:

Catat Ulasan