Rabu, Februari 16, 2011

KASIH PADA IBU 1


Setiap kita mempunyai IBU. Manusia yang memperanakkan kita. Seorang perempuan yang menzahirkan kita ke muka bumi ini dengan penuh rasa kasih dan sayang. Naluri keibuan yang tiada tolak bandingnya. Samada kita lelaki mahupun perempuan, kita semua tentu sayangkan IBU kita. Tetapi sebagai seorang anak sejauh mana kasihnya kita kepada IBU.

Apa yang seharusnya kita lakukan?

Isnin, Februari 14, 2011

MENCINTAI NABI MUHAMMAD SAW. 1




Kata orang CINTA itu sesuatu yang tidak boleh dipaksa. Ianya datang dengan sendiri. Cinta datang dari hati. Ianya tulus dan suci. Pernah tak terdetik di hati kita perasaan cintakan Rasulullah saw. Kalau cinta, apakah tandanya. Kata orang, tak kenal maka tak cinta. Kalau kita benar-benar mencintai Rasululullah saw, apakah kita telah benar-benar mengenali baginda. Sempena hari kelahiran Junjungan Besar Nabi Muhammad saw, marilah kita sama-sama muhasabah diri dan tunjukkan kecintaan sebenar kita kepada baginda.

Ahad, Februari 13, 2011

MENGENALI DIRI 1

Pernah tak kita bertanya kepada diri kita. Siapakah diri kita yang sebenarnya. Apakah matlamat kehidupan kita. Dari mana kita datang dan ke mana kita akan kembali. Dan pelbagai soalan lagi yang tak pernah habis. Kita mungkin ada jawapan-jawapannya. Kita mungkin tak pasti. Atau kita sendiri tak tahu nak menjawabnya. Mari kita sama-sama renungkan persoalan-persolan ini.